Pada hari tersebut,kami telah mempelajari tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK )yang semakin luas penggunaannya pada zaman yang serba canggih ini terutama teknologi komputer yang semakin berkembang dengan pesat sekali. Apa yang dapat saya perkatakan tentang definisi ICT ialah ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Selain itu, kami turut membincangkan tentang perkembangan dalam komputer semenjak zaman dahulu. Generasi pertama dalam sejarah perkembangan komputer adalah komputer digital pertama iaitu pada tahun 1941 sehingga 1945. Pertama, komputer ENIAC (electronic numerical integrator and computer ) telah dibangunkan hasil kerjasama antara University of Pennsylvannia dan kerajaan US. ENIAC terdiri daripada 18000 tiub vacuum dan 7000 resistor. Ia dibangunkan oleh John Presper Eckret dan John W. Seterusnya, Von Neumann merekabentuk Electronic Discrete Variable Automatic Computer (EDVAC) pada 1945 yang mampu menyimpan dan memegang data. Pada 1951 pula, Universal Automatic Computer (UNIVAC1) telah direkabentuk oleh Remington Rand. UNIVAC1 ini menggunakan bahasa mesin.
REFLEKSI
Selepas kelas ini saya menyedari bahawa ilmu pengetahuan saya dalam dunia ICT masih terlalu rendah memandangkan terlalu banyak perkataan atau nama komponen komputer yang tidak pernah saya dengari dan ketahuinya sebelum ini. Contohnya, ROM seperti Pendrive adalah dikategorikan sebagai "Non volatile". Manakala RAM pula di kategorikan sebagai Volatile. Ini membuatkan keinginan saya untuk menerokai dunia ICT semakin bertambah dan minat untuk mempelajari ICT ini bercambah.

No comments:
Post a Comment