Friday, 8 July 2011

Kelas ketiga pada 6 julai 2011

Dalam kelas ini ,kami telah mempelajari membuat blog.Blog ini adalah sebagai tugasan kami iaitu e-portfolio untuk menulis catatan segala yang dipelajari dan refleksi diri untuk setiap kelas. Pertama sekali, kami diarahkan untuk membuat gmail bagi sesiapa yang belum mempunyai akaun gmail sebelum membuat blog. Beberapa contoh blog turut dipaparkan sebagai contoh untuk kami membuat sebuah blog yang menarik dan kreatif.

Refleksi
Apabila Pn Zakiah mengatakan kami perlu membuat blog pada kelas kali ini, saya berasa sungguh tertarik kerana setelah sekian lama saya berminat untuk membuat blog, akhirnya saya berpeluang untuk berbuat demikian. Bagi saya, ini mampu memberi saya satu teknik dalam meluaskan penggunaan saya dalam ICT agar tidak hanya terbatas menggunakan laman sosial sebagai medan untuk bersembang sahaja tetapi juga sebagai ruang buat saya dan rakan-rakan lain untuk saling berkongsi ilmu pengetahuan untuk kepentingan diri dan orang lain juga.

Pautan

No comments:

Post a Comment