Dalam kelas kedua ini, kami telah membincangkan tentang perisian perkakasan komputer secara lebih mendalam. Daripada maklumat yang didapati, perisian komputer merupakan terdiri daripada program-program yang membolehkan komputer melakukan sesuatu tugas tertentu.
Perisian boleh dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu
perisian sistem,perisian, pengaturcaraan, dan perisian penggunaan.
- Perisian pengendalian membantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagainya.
- Perisian pengaturcaraan selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan pembikinan perisian itu sendiri. Contohnya pengkompil, penyunting teks dan lain-lain.
- Perisian Penggunaan atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan(tidak berkenaan dengan komputer) seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya.
Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (
device). Istilah
perkakasan atau
peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer. Perkakasan terbahagi kepada 3 jenis iaitu peranti output, peranti input, dan pemproses. Pertama,
Peranti input (peranti masukan) ialah mana-mana perkakasan komputer persisian yang memberikan data dan isyarat arahan kepada sistem pemprosesan maklumat (seperti komputer) .Contohnya,
papan kekunci,
tetikus dan
webcam. Manakala
Peranti output ialah mana-mana kelengkapan perkakasan komputer yang digunakan untuk menyampaikan hasil pemprosesan data yang dilakukan oleh sistem pemprosesan maklumat. Peranti output yang paling biasa digunakan ialah
monitor, pencetak dan pembesar suara.
Pemproses pula menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian seperti
CPU dan
AMD (
advanced mikro devices).
REFLEKSI
Puan Zakiah ada memperkatakan tentang bait dan bit dan ini agak membingungkan saya pada mulanya. Dan setelah mendapat keterangan lebih lanjut, perkaitan antara bait dan bit ialah 1 bait = 8 bit. Selain itu, kami telah diberi kesempatn melawat laman web LMS (Learning managemant sytem) iaitu lmsipda.net .
Contoh perkakasan komputer :
No comments:
Post a Comment