Sunday, 17 July 2011

kelas keempat pada 11 julai 2011

Dalam kelas ini kami telah mempelajari lebih lanjut tentang beberapa perkara melalui beberapa soalan yang diutarakan dan ditayangkan secara Powerpoint:

(a)what is Computer Literacy
~
the knowledge and understanding of computers and their uses

(b)How is computer defined?
~
electronic devise operating under the control of instructions stored in its own memory.

(c)how the information being process?
~Firstly, accepting the data(input),then the data is process into information and lastly the data is stored.

(d)what is input device?
~hardware used to enter data and instructions

(e)Why makes a computer powerful?
The storage,reliability and consistency,speed,accuracy, and communication.

(F)What is network and internet?
~Network: the collection of computers and devices connected together.
~Internet:
the worldwide collection of networks that connect millions of computers

(g)What is the importance of communication?
~information
~shopping
~banking and investing
~classes
~entertainment

(H)Define about web?~Billions of document (webpages) that available to anyone connected to the internet.
~Webpage containing text, graphics,sound,video,and links to other pages.


Besides,I have learnt that storage is devided into 2 :
~storage media
example: portable, thin memory cards, digital camera
~storage device
Function of storage is to holds data, instructions and information for future use.

Refleksi:
Pada kelas kali ini, saya telah mempelajari suatu yang baru iaitu tentang istilah "Pumptop".Contoh contoh barangan "Pumptop" adalah seperti telefon bimbit.

Tugasan:
Membuat ulangkaji untuk bab pertama sebagai persediaan menghadapi kuiz yang akan diadakan.

Pautan :

Friday, 8 July 2011

Kelas ketiga pada 6 julai 2011

Dalam kelas ini ,kami telah mempelajari membuat blog.Blog ini adalah sebagai tugasan kami iaitu e-portfolio untuk menulis catatan segala yang dipelajari dan refleksi diri untuk setiap kelas. Pertama sekali, kami diarahkan untuk membuat gmail bagi sesiapa yang belum mempunyai akaun gmail sebelum membuat blog. Beberapa contoh blog turut dipaparkan sebagai contoh untuk kami membuat sebuah blog yang menarik dan kreatif.

Refleksi
Apabila Pn Zakiah mengatakan kami perlu membuat blog pada kelas kali ini, saya berasa sungguh tertarik kerana setelah sekian lama saya berminat untuk membuat blog, akhirnya saya berpeluang untuk berbuat demikian. Bagi saya, ini mampu memberi saya satu teknik dalam meluaskan penggunaan saya dalam ICT agar tidak hanya terbatas menggunakan laman sosial sebagai medan untuk bersembang sahaja tetapi juga sebagai ruang buat saya dan rakan-rakan lain untuk saling berkongsi ilmu pengetahuan untuk kepentingan diri dan orang lain juga.

Pautan

Thursday, 7 July 2011

Kelas kedua pada 4 julai 2011

Dalam kelas kedua ini, kami telah membincangkan tentang perisian perkakasan komputer secara lebih mendalam. Daripada maklumat yang didapati, perisian komputer merupakan terdiri daripada program-program yang membolehkan komputer melakukan sesuatu tugas tertentu.
Perisian boleh dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu perisian sistem,perisian, pengaturcaraan, dan perisian penggunaan.
  • Perisian pengendalian membantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagainya.

  • Perisian pengaturcaraan selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan pembikinan perisian itu sendiri. Contohnya pengkompil, penyunting teks dan lain-lain.
  • Perisian Penggunaan atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan(tidak berkenaan dengan komputer) seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya.
    Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device). Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer. Perkakasan terbahagi kepada 3 jenis iaitu peranti output, peranti input, dan pemproses. Pertama, Peranti input (peranti masukan) ialah mana-mana perkakasan komputer persisian yang memberikan data dan isyarat arahan kepada sistem pemprosesan maklumat (seperti komputer) .Contohnya, papan kekunci, tetikus dan webcam. Manakala Peranti output ialah mana-mana kelengkapan perkakasan komputer yang digunakan untuk menyampaikan hasil pemprosesan data yang dilakukan oleh sistem pemprosesan maklumat. Peranti output yang paling biasa digunakan ialah monitor, pencetak dan pembesar suara. Pemproses pula menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian seperti CPU dan AMD (advanced mikro devices).

    REFLEKSI
    Puan Zakiah ada memperkatakan tentang bait dan bit dan ini agak membingungkan saya pada mulanya. Dan setelah mendapat keterangan lebih lanjut, perkaitan antara bait dan bit ialah 1 bait = 8 bit. Selain itu, kami telah diberi kesempatn melawat laman web LMS (Learning managemant sytem) iaitu lmsipda.net .

    Contoh perkakasan komputer
    :