Thursday, 25 August 2011

Kelas TMK ke-8 pada 25 julai 2011

Kelas pada kali ini kami telah didedahkan tentang penggunaan microsoft word. Kami telah diajar cara-cara "insert" picture ke dalam microsoft words tersebut. Kemudiannya, pada gambar tersebut kami telah mengeditkannnya agar kelihatan lebih menarik dan kreatif. Langkah demi langkah ditunjukkan cara-cara memasukkan data-data. Sebuah jadual telah dibina dan melalui jadual tersebut kami telah membina carat samaada berbentuk graf, piktograf, pie dan sebagainya. Cara-cara untuk memasukkan jadual ialah dengan menekan pada insert dan pergi kepada chart. Pelbagai jenis chart boleh dipilih sama ada line, column, pie, bar dan sebagainya. kami turut diajar menggunakan smart art.

Refleksi
Setelah tamat kelas pada kali ini, saya menyedari masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari dalam menggunakan microsoft word. Walaupun telah menggunakan microsoft word beberapa kali sebelum ini, tetapi masih banyak kemahiran yang belum saya kuasai seperti memasukkan smart art dalam kerja.

Pautan

No comments:

Post a Comment