![]() |
| logical test |
Kelas pada kali ini kami telah diajar cara-cara membuat bahan bantu mengajar iaitu e-worksheet. Bahan bantu mengajar sebegini mampu menarik perhatian pelajar untuk belajar. Pertamanya, kita perlu memuat turun gambar buah iaitu sebiji durian, 2 biji epal dan 3 orange.
Contohnya seperti gambar di sebelah ini.
Kemudian, "insert" gambar tersebut pada ruangan di sel.
Dalam sel yang berlainan, setiap satunya taipkan dengan seperti berikut, angka, skor,perkataan, skor, jumlah skor. Setiap sel tersebut boleh diwarnakan dengan klik di dalam home pada fill color dan pilih warna. Seterusnya, pilih pada formula dan klik pada recently use dan cari fungsi IF.
Logical test akan muncul seperti di gambar sebelah.
Value _if_true adalah untuk nilai markah yang diberikan jika betul dan value_if_false adalah untuk nilai markah jika salah iaitu "o".
Setelah itu, bina jadual skor dan seterusnya membina Piktograf seperti rajah di bawah.

Maklumat pada angka dan perkataan sahaja boleh diisi oleh para pelajar. Ianya boleh di "protect" dengan klik pada "review" dan pergi pada "protect sheet". Kemudiaanya, letakkan password untuk protect worksheet tersebut.
Refleksi
Ini merupakan sesuatu yang sangat baru bagi saya iaitu membuat bahan bantu mengajar. Suatu pengetahuan yang sangat berguna untuk menjadi seorang guru dalam melengkapi pengajaran dan pembelajaran. Kerja ini juga menimbulkan kreativiti kepada kami untuk mencipta sesuatu bahan bantu mengajar yang menarik kepada para pelajar.


No comments:
Post a Comment