Tuesday, 13 September 2011

Kelas ke-11 ICT

Kelas pada kali ini, sekali lagi kami telah mempelajari sasuatu yang menarik iaitu Microsoft Power Point.
Contoh Power Point
 Kami telah diagihkan dalam kumpulan untuk membuat persembahan elektronik iaitu berpandukan cerita yang kami cari daripada internet. Kami diajar cara-cara memasukkan gambar iaitu:
1. Klik pada "insert" dan masuk pada fail dimana gambar itu disimpan.

Kami turut diajar merekodkan suara untuk dimuatkan dalam slide show tersebut, iaitu dengan cara:
1. Klik pada "insert".
2. Pilh pada Audio
3. Pergi pada Record Audio bagi Microsoft Powerpoint 2010 manakala untuk Microsoft 2003 menggunakan Sound.

Audio ini mampu membuatkan penceritaan melalui media elektronik akan lebih menarik. Ini juga bersesuian untuk pengajaran kepada kelas pemulihan.

Perkara seterusnya yang kami pelajari ialah tentang penggunaan animation untuk membuat slide lebih menarik kepada para pelajar iaitu caranya dengan klik pada animation dan terdapat pelbagai jenis animasi yang boleh digunakan mengikut kesesuaian.

REFLEKSI:
Penggunaan powerpoint agak lain sedikit pada kali ini iaitu kami menggunakannya untuk membuat sebuah cerita iaitu berlainan dengan sebelum ini iaitu saya hanya menggunakannya untuk membuat pembentangan di kelas iaitu hanya perlu menaip maklumat padanya. Pada kali ini, ianya menuntut kreativiti kami untuk membuat sesuatu yang berlainan dan menarik. Saya berasa sungguh seronok semasa membuat penceritaan melalui elektronik menggunakan powerpoint ne.